Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HORMATI PERLEMBAGAAN MALAYSIA – SINAR HARIAN – 15/11/17
15 Nov 2017

Sinar ( hormati perlembagaan Malaysia ) 15.11.17

SHAH ALAM – Pengendali hotel antarabangsa yang beroperasi di negara ini didesak menghormati kebebasan asasi beragama.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ini kerana mereka beroperasi di sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

“Soal pakaian adalah hak peribadi, apatah lagi sebagai wanita Islam, menutup aurat wajib.

“Apa juga polisi yang bertentangan, ia tidak terpakai,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sebarang prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa yang diguna pakai hendaklah disesuaikan dengan undang-undang negara ini.

Menurut Mohd Yusof, pihak bertanggungjawab khususnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan wajar melaksanakan peraturan tertentu sebelum membenarkan pengendali hotel antarabangsa beroperasi di negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menganggap, larangan itu sebagai satu diskriminasi.

“Mereka lupa di mana mereka beroperasi. Kalau duduk di negara ini, mereka perlulah ikut dasar dan perlembagaan kita,” katanya.

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan  menyatakan kebebasan beragama  dijadikan sandaran sebelum SOP itu dilaksanakan.

 

Artikel oleh : Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pengendali-hotel-perlu-hormati-perlembagaan-malaysia-1.757415