Kenyataan yang dibuat oleh Exco Pemuda Bersatu Muhammad Muzzammil Ismail dalam Sidang Kemuncak Belia pada 16 Dis lalu mendapat sokongan penuh dari PPIM dalam menggesa belia membantu tangani islamophobia menggunakan platform sosial media. Namun, belia perlu mempunyai ilmu dan mengkaji sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan di platform tersebut.
Menurutnya lagi, bukan semua orang mempunyai kredibiliti untuk mengeluarkan kenyataan bagi menangani isu islamophobia. Agamawan atau ilmuwan yang pakar dalam isu ini perlu dirujuk supaya kenyataan tersebut dapat ditapis sebelum dikeluarkan.
“Kita perlu melalui satu majlis yang faham agenda yang dibincangkan dan bukannya hanya ‘post’ disosial media sekadar memberi jawapan. Hal ini kerana zaman kini orang pertikaikan “apa salah liberal?” Ada yang mengatakan liberal itu bagus dan ada yang tidak. Adakah kenyataan yang dibuat itu bijak?” tambahnya.
PPIM berharap belia mampu fahami isu ini sebaik mungkin supaya mereka tidak tersilap langkah agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan diselesaikan dengan bijaksana.
#toqqitegur #toqqinasihat #PPIMprihatin #Malaysiaku #2020 #islamofobia #PPIMsokong #Negaraku #OIC #SidangKemuncakKualaLumpur2019 #socmed #Belia #Bernama