Sekali lagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuktikan pengaruh dan keberkesanannya dalam memerangi penipuan dan kemungkaran. Terbaru, PPIM mendedahkan sindiket penipuan jualan banglo yang menggemparkan orang ramai. Ekoran itu, Pengarah Urusan DBI, Noruliman A. Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua individu lagi telah ditahan polis dan direman. Ramai yang menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut dengan sekurang-kurangnya 201 aduan polis telah dibuat.
Minggu ini juga menyaksikan PPIM mendedahkan kira-kira 80,000 usahawan termasuk artis popular yang didakwa ditipu dengan nilai mencecah RM1 billion dalam skim pelaburan berkonsep francais.
Awang ucapkan tahniah. Ternyata PPIM di bawah pimpinan ketua aktivisnya, Nadzim Johan dengan dibantu Yusuf Azmi, tidak pernahpenat membantu masyarakat biarpun kerap disalah ertikan malah adakalanya tidak disenangi agensi penguat kuasa serta diugut penjenayah. Atas keberanian dan keyakinan, juga impak PPIM, Awang tabik hormat.