Seramai 200 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka yang terjejas sumber pendapatan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima kit makanan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
PPIM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi Program Infaq Rezeki.
Sumbangan kit makanan bernilai RM100 setiap satu itu disampaikan secara pandu lalu diketuai Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz bersama Ketua Cawangan Sumber Manusia PERKESO, Mohd Razmi Khalid serta Ketua Operasi, Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Barseri.
Program Senergi CSR Infaq Rezeki itu dijayakan bersama kerajaan negeri Melaka, PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pergerakan Komuniti Nasional serta Kelab Motor Kingz MG Malaysia.
Mohd Razmi berkata, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan kit makanan berkenaan selepas melihat ramai dalam kalangan pengayuh beca serta pemandu teksi di Melaka terjejas akibat penularan Covid-19.
Artikel oleh: Harian Metro
INFAQ REZEKI | KIT MAKANAN DIAGIH KEPADA PENGAYUH BECA