Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
INSTITUSI KELUARGA MAIN PERANAN DALAM MENYEMAI PERASAAN BENCI RASUAH – SINAR HARIAN – 25/1/19
25 Jan 2019

Sinar ( PDRM pantau integriti anggota ) 25.1.19

Sinar ( tutup ruang unsur rasuah ) 25.1.19

SHAH ALAM- Titik mula dalam menyemai perasaan benci akan rasuah bermula daripada institusi keluarga. • Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, peranan keluarga amat penting dalam mendidik supaya menolak rasuah tertanam dalam diri setiap individu. : “Kita kena menolak perkara (rasuah) ini dan ia seharusnya bermula daripada institusi keluarga yang akhirnya akan membentuk sahsiah yang murni untuk menolak perkara ini.

Saya pernah beritahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa isu sampah misalnya tidak pernah selesai, sampah masih dibuang di merata tempat lagi.

Jadi ini beberapa isu yang perlu kita lihat kembali macam mana hendak ubah, sebab itulah saya tekankan institusi keluarga amat penting dalam menanam nilai-nilai murni.

Macam isu sampah yang saya sebutkan tadi oleh kerana ia sudah tertanam ia agak sukar diubah dan menjadi tabiat itu. Jadi perkara ini kita kena terima dan berani mengakui kesilapan ini dan kita perlu lakukan sesuatu agar perubahan yang besar berlaku.

Saya nak beritahu kisah yang berlaku baru-baru ini, bahawa saya dilawati oleh sekumpulan pelabur yang datang ke Malaysia, untuk pengetahuan mereka ini melabur di seluruh Asia.

Saya dengar sesuatu yang tidak seronok daripada mereka, di mana mereka menceritakan Malaysia bukanlah sebuah negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan.

Kita jauh dipintas oleh Vietnam, Kemboja. Sesetengah perkara atau proses perniagaan kalau di Vietnam katanya, hanya dua jam, dekat Malaysia paling cepat tujuh hari, jadi ini bukan sesuatu berita yang baiklah.

Berita ini ia akan melibatkan kita semua, kita tidak boleh duduk dalam keadaan sedemikian, kalau kita hendak maju ke hadapan.

Pasal negara macam Vietnam itu mereka berperang lagi, jadi nanti ia tinggal kita nanti, jadi kita melihat benda itu agak-agak betul kerana kita sendiri berurusan kita sepatutnya, menyenangkan orang, kerana ALLAH senangkan kita tapi nampaknya hari ini ia nak cari susah.

Pasal bila ada susah ada duit, dulu saya ingat pada tahun 90-an ada satu masa hendak buat, kad pengenalan ini, ia makan masa sedikit ia ada masalah sistem, jadi buat masa itu semua orang tanya alternatif tanya ‘ada kawan tak’, jadi nak mengatasi masalah itu.

Bila jadi masalah orang hendak cepat dan orang akan cari kaedah mana hendak atasi, jadi ada orang pula kata sengaja mereka buat susah supaya ada kaedah nak minta duit.

Benda ini bukan sesuatu perkara yang seronok hendak dengar tetapi kadang-kadang berlaku.

Banyak mana kita tidak tahulah tapi ada dalam masyarakat, misalnya hanya dalam satu panggilan boleh selesaikan masalah tetapi ia menjadi berhari-hari, berminggu-minggu dan boleh jadi berbulan-bulan.

Jadi kita amat harapkan dalam konteks ini, kita melihat pegawai mempunyai jawatan, kita pun boleh kata dia tak betul tapi kita ada dekat situ pun akan lebih lagi tak betul.

Kita ini manusia kita tidak melebihi faktor manusia itu, jadi kita kena buat sesuatu.

Rakyat Malaysia sendiri kena sedar dan mengatasi masalah ini agar kita menjadi sebuah negara yang berjaya.

Kita tidak boleh menyalahkan pegawai kerajaan semata-mata tetapi kita sebagai satu unit keluarga, perlu juga melihat perkara ini dengan serius.

 

Artikel oleh : Sinar Harian

INSTITUSI KELUARGA MAIN PERANAN DALAM MENYEMAI PERASAAN BENCI RASUAH