Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JANGAN AMBIL KESEMPATAN TEKAN HARGA – SINAR HARIAN – 23/06/2020
23 Jun 2020

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap tiada pihak atau syarikat penerbangan yang mengambil kesempatan menekan harga terhadap pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, semua pihak masih melalui saat sukar dan tiada sebab untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan.

“Saya harap mereka tidak mengenakan caj yang tinggi dan harga yang tidak munasabah. Sekiranya mereka mengurangkan caj, ia secara tidak langsung menggalakkan penjanaan ekonomi berlaku, sekali gus membantu semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan kerajaan terhadap syarikat penerbangan agar menurunkan harga tambang selepas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan dan pesawat boleh beroperasi dengan kapasiti penuh.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, sekiranya gagal dilaksanakan, maka usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara juga berdepan kesukaran.

“Justeru, kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan harga tambang yang diputuskan tidak menekan dan mendiskriminasikan mana-mana pihak,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

JANGAN AMBIL KESEMPATAN TEKAN HARGA

https://www.sinarharian.com.my/article/89034/BERITA/Nasional/Jangan-ambil-kesempatan-tekan-harga