Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan memberitahu pengguna ada hak untuk dipertahankan jika tidak mahu peniaga sesuka hati menaikkan harga barangan.
” Jika itu berlaku, saya minta orang ramai segera membuat laporan kepada kami atau pihak yang berkuasa. Jangan beri muka pada peniaga tamak,” katanya sambil menambah ada pro dan kontranya dalam isu kenaikan harga gula ini.
” Kenaikan harga gula boleh dijadikan alasan kepada pengguna mengurangkan pengambilannya di dalam makanan dan minuman. Jika sebelum kita lima peket, sekarang kita kurangkan kepada dua peket. Selain mengambil langkah berjimat, pendekatan ini juga bagus untuk kesihatan kita,” katanya.