Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“JANGAN NAFIKAN HAK PENGGUNA ISLAM MEMBELI AIR ZAM ZAM!”-TOQQI – PPIM – 08/01/2020
08 Jan 2020

Larangan penjualan air Zam Zam di Malaysia turut mendapat perhatian PPIM apabila penjualan air ini dikhuatiri bakal meningkatkan transaksi penipuan jual beli dikalangan pengguna. Namun tindakan ini juga dikritik Ketua Aktivis PPIM, Toqqi kerana bimbang bakal menafikan hak pengguna bagi mendapatkan bekalan air tersebut.

“Saya berharap sesiapa yang membuat keputusan itu, dia berfikir supaya tidak menafikan hak orang Islam bagi mendapatkan air Zam Zam. Air ini dijual berleluasa dan malangnya ada juga air Zam Zam tiruan. Jadi apakah langkah yang diambil bagi mengatasi sindiket penipuan ini?” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

“Hal ini perlulah mempunyai rundingan yang terbaik supaya hak pengguna tidak turkubur begitu sahaja. Kerajaan juga perlu ada proses untuk menentukan ketulenan air Zam Zam supaya penipuan penjualan ini tidak berulang,” tambahnya.

Menurutnya lagi, kerajaan juga mungkin boleh mengenakan caj pengangkutan dan kos import air Zam Zam memandangkan pihak Arab Saudi turut memberikan air ini secara percuma.

Menurutnya lagi, air Zam Zam diberikan secara percuma kepada umat Islam. Sehubungan itu, kerajaan mungkin boleh mengenakan caj pengangkutan dan kos import bagi penjualan air ini di Malaysia.

PPIM menggesa kerajaan agar lebih bersikap terbuka dalam menangani isu ini dan melantik satu agensi (Tabung Haji) untuk menjadi badan bagi menyelia air Zam Zam. Hal ini supaya memudahkan pengguna untuk mencari kepada saluran yang betul.