Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JENAMA BERUNSUR ISLAM : BILA LAGI NAK KAWAL? – UTUSAN MALAYSIA – 7/6/2017
07 Jun 2017

utusan malausia 7.6.2017

Sekitar tahun 2008 penulis pernah menulis sebuah rencana yang disiarkan di Utusan Malaysia dengan tajuk Penggunaan jenama berunsur Islam perlu dikawal. Ini disebabkan pada waktu itu ada ‘kesedaran’ dalam kalangan peniaga bukan islam bahawa orang islam terutama melayu, amat menghargai produk-produk keluaran orang islam dan melayu selain amat mengambil berat tentang halal haram dan kesucian produk yang mereka gunakan dari sudut islam. Lalu kebanyakkan peniaga bukan islam ini jadi ghairah untuk meletakkan nama berunsur islam dan melayu pada produk keluaran mereka.

Dalam isu ini rupa-rupanya belum lagi berakhir. Baru-baru ini ditimbulkan pula oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini pada 30 mei lalu. Datuk Nadzim Johan, PPIM telah menerima lebih 40 aduan mengenai produk yang menggunakan nama melayu atau islam untuk melariskan barangan mereka.

“contoh klasik” paling popular berkaitan isu ini adalah tentang satu jenama kuih pau yang terkenal yang dikatakan jenama pau tersebut menggunakan nama pemandu kepada pemilik perniagaan tersebut. Dikatakan pemandu itu seorang islam dan pemilik sebenar perniagaan itu bukan islam. Kisah ini masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang dan terlalu banyak perbincangan mengenainya di internet.

Ini menimbulkan rasa was-was dan kurang senang dalam kalangan pengguna yang berasa tertipu dengan penggunaan jenama yang berunsur islam ini yang mana produk itu sebenarnya dihasilkan oleh peniaga bukan islam.

Yang lebih melucukan strategi menggunakan nama berunsur islam ini bukan hanya terhad kepada pengeluar produk makanan malah penulis pernah melihat sendiri iklan pinjaman wang ah long yang menggunakan nama ‘pinjaman takaful’, Hingga begitu sekali. Pada hal istilah takaful digunakan untuk insuran islam dan tidak pernah digunakan dalam produk pembiayaan perbankan islam. Mungkin di sini ah long tidak membuat kajian mendalam.

Selain isu jenama, satu lagi isu yang juga berkait dan perlu diberi perhatian adalah kedai-kedai makan di medan selera pusat beli-belah. Ada sesetengah kedai makan tersebut dimiliki oleh orang bukan islam. Apabila kita makan di medan selera kita hampir tidak dapat membezakan yang mana kedai islam dan mana kedai yang bukan islam. Dan kebanyakan pemilik kedai makan ini cenderung untuk menggunakan pekerja islam supaya tidak dilihat sebagai kedai makan bukan islam.

berita selanjutnya di utusan malaysia 7/6/2017