Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘JIKA TAK TAHAN KERENAH KANAK-KANAK, JANGAN JADI PENGASUH’ – UTUSAN MALAYSIA – 02/12/2021
03 Dec 2021

PETALING JAYA: “Jika diri tidak tahan bersabar, lebih baik jangan jadi pengasuh.”

Demikian ditegaskan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merujuk kepada beberapa kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan pengasuh kebelakangan ini.

Menurut PPIM, pekerjaan sebagai seorang pengasuh bukan sesuai untuk semua orang.

“Ini kerana pengasuh perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah kanak-kanak. Oleh kerana itu, sering kali kita dengar kes dera yang dilakukan oleh pengasuh terhadap anak kecil jagaan mereka.

“Jika diri tidak tahan bersabar, lebih baik jangan jadi pengasuh yang hingga mendera anak orang lain,” tegas PPIM.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

‘JIKA TAK TAHAN KERENAH KANAK-KANAK, JANGAN JADI PENGASUH’

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/jika-tak-tahan-kerenah-kanak-kanak-jangan-jadi-pengasuh/