Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK WALAUPUN TIADA KENAIKAN TARIF – PPIM – GETARAN – 29/01/2022
02 Feb 2022

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik diingatkan supaya mengambil langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan bekalan elektrik, walaupun kerajaan sudah mengumumkan untuk tidak menaikkan tarif bekalan itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah penjimatan adalah perlu walaupun kerajaan telah mengumumkan subsidi lebih RM700 juta.

“Saya menjangkakan harga barangan tetap akan naik kerana bermula 1 Februari, kadar surcaj sebanyak 3.7 sen per KWj akan dikenakan kepada pihak industri dan komersil.

“Penambahan surcaj ini, mahu tidak mahu akan diterjemahkan melalui kenaikan harga barang akhirnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pengguna harus sedar bahawa penambahan pengguna domestik akan berlaku ke atas jumlah 9 juta yang sedia ada ketika ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menggunakan subsidi ini secara bijaksana agar ia dapat dimanfaatkan dalam jangka waktu semaksima  dan kepada seramai mungkin pengguna.

“PPIM mengucapkan terima kasih di atas keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Tenaga kerana telah memperuntukkan subsidi tenaga sebanyak RM715 juta melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) kepada pengguna domestik,” katanya.

Nadzim berkata, PPIM bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga dan mana-mana pihak berkaitan untuk memulakan kempen penjimatan tenaga agar kesedaran tersebut dapat diluaskan. – Getaran, 29 Januari 2022.

Artikel oleh: Getaran

JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK WALAUPUN TIADA KENAIKAN TARIF – PPIM

https://www.getaran.my/artikel/semasa/18467/jimatkan-penggunaan-elektrik-walaupun-tiada-kenaikan-tarif-ppim