#BuletinBernama : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi program JPJ Prihatin, akan terus menyantuni golongan pemandu lori, bas dan kereta sewa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata inisiatif sebagai tanda keprihatinan JPJ dan PPIM itu, membabitkan pemberian sumbangan berbentuk bakul makanan kepada golongan tersebut yang memerlukan.
Artikel oleh: Bernama TV
JPJ, PPIM BANTU PEMANDU KENDERAAN PERDAGANGAN TERJEJAS