Sukacitanya menjayakan Perjumpaan Silaturrahim Pekerja Industri E-Hailing Malaysia Dan Bantuan Makanan Asas Sempena Perayaan Aidil Fitri di Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.
6 Jun 2020 (Sabtu), Persatuan kebajikan pekerja E-Hailing Malaysia (Persatuan E-Hailing Malaysia) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pihak PERKESO dengan kerjasama beberapa pihak mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan silaturrahim singkat bersama pekerja dan penggerak E-Hailing Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada para penggerak dan pekerja industri ini yang banyak membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara kita secara langsung dan tidak langsung.
Dalam masa yang sama pihak PPIM dan persatuan E-Hailing Malaysia jugak akan mengadakan ‘mini talk’ ringkas yang akan dihadiri oleh pihak PERKESO dan wakil-wakil yang terlibat dengan industri dan badan korporat bagi membincangkan cabaran, masalah dan masa depan mereka termasuk isu pemandu mabuk.
Dengan keperihatinan ini, PPIM bersama persatuan E-Hailing Malaysia dan juga Restoran Ali Cafe Tomyam Menyediakan sedikit bantuan makanan asas Untuk diberikan kepada mereka pekerja dan pengerak E-Hailing sempena Aidil Fitri dan Bulan Syawal yang mulia ini.
Artikel oleh: Kaca TV
KACA TV / BERITA, SILATURRAHIM PEKERJA INDUSTRI E-HAILING MALAYSIA DAN BANTUAN MAKANAN ASAS
https://www.youtube.com/watch?v=e4PfNlUYBjk&feature=youtu.be