Sukacitanya menjayakan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan halal dan patuh shariah FASZZ FOOD, Inisiatif bersama FASZZ TECHNOLOGY, SYED FOOD INDUSTRY dan PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM).
15 April 2020, (Rabu). Di Restoran Syed Bistro, Petaling Jaya, dengan adanya penunggang motorsikal penghantaran di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang. Perhidmatan penghantaran FASZZ FOOD ini masa 10am hingga 7pm setiap hari.
Pengasas FASZZ TECHNOLOGY, Dato’ Ishak Mohd Ishtiaq, berkata FASZZ FOOD perhidmatan penghantaran satu-satunya yang ada Sijil Halal JAKIM. Perhidmatan yang diberikan sesuai dengan halalan toyyiban mengikut garis panduan oleh JAKIM. Garis panduan ini berfungsi sebagai jaminan bahawa kedua-dua aspek halalan dan toyyiban disatukan ke dalam penawaran perkhidmatan yang akan memenuhi syarat, keadaan dan saat penyampaian terakhir perkhidmatan.
Artikel oleh: Kaca TV
KACATV / BERITA, FASZZ FOOD