Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Kekeliruan Status Pemilikan Produk Muslim Meningkat – PPIM – Malaysia Aktif – 31/5/2017
31 May 2017

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Aduan pengguna kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan kekeliruan status pemilikan produk kian meningkat dari hari ke hari.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, terdapat produk berunsur Islam oleh peniaga bukan Islam yang mendatangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

“PPIM mengambil pendekatan membantu pengguna dalam memberi penjelasan mengenai pemilikan produk.

“PPIM juga akan melakukan semakan dengan pihak Suruhanjya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenalpasti pemilik produk yang berasaskan Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, maklumat status pemilikan sesuatu produk ini akan disampaikan kepada pengguna agar dapat membuat pilihan dalam membeli produk di pasaran.

“Pengguna Islam hari ini amat perihatin dengan apa yang mereka makan. Amat sukar untuk mengetahui status pemilikan produk kerana tiada sebarang indikasi pada produk yang menjelaskan status tersebut.”

“Perkara ini mengelirukan pengguna dan salah di bawah Akta Perihal Dagangan,” katanya.

Datuk Nadzim Johan menunjukan antara produk yang dikenalpasti dimiliki oleh bukan Islam

Datuk Nadzim Johan menunjukan antara produk yang dikenalpasti dimiliki oleh bukan Islam.

Nadzim berharap pihak pengeluar tidak mengeluarkan produk yang mengelirukan pengguna.

“Antara produk yang dikenalpasti pemilikannya bukan Islam adalah seperti Kopi Cap Masjid, Ubat Gigi Najwa, Safi, Adabi dan banyak lagi,” katanya lagi.

Jelas Nadzim, pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut atau sebaliknya setelah mengetahui pemiliknya.

Tambahnya, ini bukanlah isu rasis sebaliknya berbalik kepada prinsip agama yang tidak melarang umat Islam untuk berurusniaga dengan bukan Islam, tetapi mendapatkan produk yang halal adalah dituntut.

Sebelum ini, PPIM pernah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkelaskan logo halal bagi membezakan produk milik Islam atau sebaliknya, namun belum mendapat sebarang maklum balas berkaitan.

Kekeliruan Status Pemilikan Produk Muslim Meningkat – PPIM