Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KEMATIAN 15 PELAJAR: TINDAKAN RAKYAT SAMAN MENTERI PENGANGKUTAN DAN JKR – SIDANG MEDIA PPIM – 19/06/2025
19 Jun 2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius kekerapan kemalangan membabitkan pengangkutan awam sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Apa yang lebih menyayat hati melihat keadaan pengangkutan awam khususnya bas awam yang menjadi pengangkutan utama masyarakat terutama rakyat dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Berbanding dengan kenderaan pengangkutan swasta seperti lori tangki minyak, kenderaan itu dilengkapi pelbagai alat keselamatan dan dipantau rapi.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas dan mewajibkan perlaksanaan khusus untuk kenderaan awam.