Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius kemelut politik yang seolaholah tidak akan selesai walaupun rakyat sudah lebih 48 jam menunaikan tanggungjawab mereka dalam keadaan cuaca yang tidak begitu baik.
Rakyat sudah bosan keadaan politik yang terus bergolak sejak 2018 dan setelah bertukar Perdana Menteri sebanyak 3 kali. Negara juga telah menjadi bahan gurauan masyarakat antarabangsa dan keadaan ekonomi menjadi semakin buruk ditambah pula dengan pandemik COVID-19.
Perebutan kuasa dan penentuan Perdana Menteri kini menjadi semakin rumit kerana keadaan ‘Hung Parliament’ yang timbul setelah tiada satu parti pun yang berjaya mendapat sebuah majoriti mudah.
Walaupun kita menganggap bahawa penggabungan parti-parti politik membolehkan sebuah kerajaan dibentuk, namun ia bukanlah semudah yang kita fikirkan.
Walaupun tiada kepastian apakah faktor utama yang menyebabkan keadaan demikian, namun kerumitan ini berpunca keegoan pemimpin tertinggi parti duduk berunding untuk mencapai kata sepakat dan dengar suara akar umbi dalam membentuk kerajaan.
PPIM melahirkan rasa kecewa jika ini telah menjadikan kemelut politik yang bakal menjejaskan perjalanan pentadbiran dan pembangunan negara dalam segala segi.
Oleh yang demikian, PPIM mengambil ketetapan berikut: