Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAKAL PERKENAL SKIM MIKROKREDIT BANTU GOLONGAN B40, ASNAF – BERNAMA – 02/07/2019
03 Jul 2019

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan bantuan kewangan secara skim mikrokredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan asnaf di ibu kota yang ingin memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata bantuan kewangan berkenaan yang akan dilancarkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini bertujuan membela nasib golongan kurang berkemampuan.

“Sekarang kita sedang berbincang dengan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mengadakan skim mikrokredit ini. Kita (Kementerian Wilayah Persekutuan) juga ada unit sosioekonomi yang akan memberi latihan mengenai perniagaan kepada golongan ini.

“Tujuan kita adalah membantu mereka memulakan perniagaan dan bagi yang telah berkecimpung (dalam perniagaan), kita mahu tambahkan lagi modal kepada mereka. Jumlah kredit yang akan diberikan belum dibincangkan tetapi minimum adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebagai permulaan,” katanya.

Shahruddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Mesraraya meraikan Warga Istimewa dan Rakan Media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan pada majlis itu mengajak pengguna menyahut seruan kempen kesedaran #stoppembaziran yang dilancarkan PPIM 25 Jun lepas.

— BERNAMA

Artikel oleh: BERNAMA

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAKAL PERKENAL SKIM MIKROKREDIT BANTU GOLONGAN B40, ASNAF

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1741541