SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA
16/11/11-Kepong : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Syarikat gores dan menang telah ditumpaskan kerana sewenang-wenangnya menipu pengguna. Oleh kerana berleluasanya aktiviti mereka, kebanyakan mangsa sudah puas bersabar. Kemungkinan mangsa adalah ‘ahli keluarga gangster’.
Agaknya inilah yang berlaku apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama aktivis Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dan membuat tuntutan pengguna yang ditipu menyaksikan satu pergaduhan apabila melihat ada mangsa lain sedang dipaksa ‘menggores’ konon-konon menang.
Diharapkan, selepas ini tiada lagi mangsa akan terpedaya dengan kumpulan mereka ini.[END]