Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KENYATAAN MEDIA: PENGURUSAN AIR SELANGOR BAHAN LAWAK DUNIA – SAMUDERA.MY – 06/04/2021
07 Apr 2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat kesal dengan insiden gangguan bekalan air yang berlaku sekarang.

Negara kita dikurniakan Allah SWT dengan limpahan hujan yang bukan sedikit. Namun begitu, bersama limpahan tersebut, didatangkanNya juga ujian ke atas rakyat Malaysia dalam bentuk malapetaka banjir yang melanda setiap tahun.

Air yang merupakan komoditi terpenting kehidupan manusia sering menjadi tragedi dalam kehidupan kita. Mengapa ini harus terjadi?

Isu air khususnya di Selangor masih belum ada formula penyelesaiannya yang tuntas.

Ada sahaja alasan, ada sahaja penyebab yang mengakibatkan penderitaan pengguna. Kebelakangan ini kejadian gangguan bekalan air semakin kerap dan pengguna semakin hilang sabar dengan syarikat monopoli yang menguruskan sumber air negeri.

Telah banyak pihak yang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan mengadakan pelbagai demonstrasi dan gimik yang begitu memalukan sebuah organisasi yang dipunyai oleh kerajaan.

Mungkin kerana inilah Syabas tidak begitu mengambil serius terhadap rungutan rakyat setiap kali terdapat gangguan air. Mungkin faktor monopoli juga menjadikan organisasi ini tidak peka dengan kesan jangka panjang dan jangka pendek termasuk kesan psikologi terutama penduduk yang tinggal di rumah-rumah pangsa yang tinggi, apatah lagi jika ia melibatkan warga emas, OKU dan yang terlantar sakit.

Sudah tiba masanya semua pihak berhenti berpolitik, berpolimik serta bersandiwara dan menyegerakan penyelesaian masalah gangguan air ini secara tuntas.

PPIM berpendapat jika ini berterusan sehingga bergenerasi, suatu hari nanti konflik yang berlaku menjadikan negara kucar kacir akibat sistem pengurusan dan perancangan air yang tidak cekap.

Telah banyak agensi ditubuhkan yang kononnya untuk mengelola bekalan air ini dengan lebih cekap tetapi hakikatnya rakyat masih terkesan dengan kekerapan gangguan bekalan air.

Sepatutnya negara ini boleh menjadi model pengurusan air tercekap di dunia tetapi kita menjadi bahan lawak dunia.

Artikel oleh: Samudera.my

KENYATAAN MEDIA: PENGURUSAN AIR SELANGOR BAHAN LAWAK DUNIA

https://www.samudera.my/kenyataan-media-pengurusan-air-selangor-bahan-lawak-dunia/