Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERITA PPIM : PPIM CADANG KETATKAN KEMASUKAN WARGA NIGERIA
20 Dec 2011

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
MENGGESA KEMENTERIAN DALAM NEGERI SERTA PIHAK IMIGRESEN MENGETATKAN KAWALAN KEMASUKAN
WARGA AFRIKA @ AWANG HITAM KE MALAYSIA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima aduan keresahan dari orang ramai berkaitan kebanjiran warga Afrika yang lebih dikenali sebagai Awang Hitam ke Malaysia.

Kegiatan penipuan melalui sindikit black money, pelacuran mahupun pengedaran dadah yang rata-ratanya didalangi oleh puak ini amat merisaukan masyarakat.

Bukan sahaja kegiatan berkaitan di atas sahaja yang melemaskan kita malahan penipuan yang mereka lakukan melalui laman-laman sosial untuk menjebak warga Malaysia khususnya wanita sehingga melibatkan kehilangan wang jutaan ringgit hasil penipuan licik mereka juga harus ditangani dengan lebih serius.

PPIM amat memandang serius isu ini dan menggesa pihak berwajib agar mengekang kebanjiran dan mengetatkan penapisan kemasukan warga afrika atau awang hitam ini dari menjadikan visa pelajar sebagai tiket untuk mengelabui mata pihak berwajib untuk memasuki Negara ini yang sebenar-benarnya maksud mereka adalah untuk mencari wang mudah hasil kegiatan tidak sihat yang mereka lakukan dan bukannya untuk mencari ilmu.[END]