Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KERAJAAN PERLU SIASAT PELELONG KEDIAMAN – SINAR HARIAN – 24/5/2017
24 May 2017

sinar harian 24.5.2017

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menyiasat segelintir pihak pelelong kediaman yang dilihat semakin aktif ketika ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ada segelintir pelelong yang melelong rumah penghutang tanpa mengikut undang-undang.

“Kalau ikut undang-undang, lelongan kediaman boleh dilakukan dalam tiga bulan. Contohnya, sesebuah rumah itu dilelong pada Januari. Sekiranya, tiada pembeli sepanjang tempoh itu, lelongan seterusnya akan dilakukan pada Mac, tapi kita dapat 10 aduan ada pihak yang buat lelongan dalam tempoh tak sampai tiga bulan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, ada kes pihak pelelong melelong rumah dalam tempoh dua minggu yang mengakibatkan harga rumah penghutang jatuh dalam masa singkat.

Katanya, ada satu kes, harga rumah pengadu jatuh RM 100,000 dalam tempoh sebulan sahaja, di saat dia sedang cari duit untuk membayar hutangnya kepada pihak bank.

“Tindakan ini menindas penghutang, sedangkan penghutang terdesak untuk cari wang bagi membayar hutangnya.

“Justeru, saya minta kerajaan lihat semula undang-undang berkaitan lelong kediaman kerana ada segelintir pihak ambil kesempatan dari undang-undang sedia ada,” katanya.