Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KERJASAMA MEDIA DAN PPIM SEMAKIN KUKUH – KENYATAAN MEDIA PPIM – 31/03/2022
31 Mar 2022

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Sejak penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 14 Jun 1997 kami telah menjalinkan kerjasama erat bersama rakan-rakan media khususnya dalam meningkatkan kesedaran awam tentang hak dan peranan pengguna.

Lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media negara ini yang telah membantu PPIM mencapai matlamat mengukuhkan dan memartabatkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.

Dengan sokongan rakan-rakan media, PPIM merupakan organisasi buka kerajaan pertama yang menjalankan aktiviti mencegah dan menyelesaikan masalah berkaitan Ceti Haram atau Ah Long dan menjadi saluran suara yang membawa perubahan lanskap kepenggunaan Muslim.

Segala kejayaan yang dicapai hari ini tidak datang dengan mudah tanpa cabaran dan akan sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan di masa akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata apa jua cabaran yang melanda, PPIM akan terus berjuang bagi mempertahankan maruah pengguna Muslim dan melindungi mereka daripada perkara-perkara yang syubhah dan haram seperti riba, penggunaan servis atau barangan yang diragui.

Walaupun hanya seramai 120 orang petugas sepenuh masa di PPIM, persatuan ini mendapat sokongan dan kekuatan dari lebih 10 juta orang pengikut dan jumlah semakin meningkat setiap hari.

Antara program PPIM yang banyak mendapat perhatian pihak media adalah  program agihan bekakan makanan Zero Hunger, Infaq Rezeki, Radio Bernama, Forum Pengguna, Boikot Coca- Cola, Banteras Ah Long, Banteras Gores & Menang serta beberapa Program perbincangan isu semasa di televisyen.

PPIM ingin mengajak rakan-rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan kerjasama ini agar lebih banyak usaha dapat diketengahkan demi kebaikan untuk rakyat.

Toqqi sentiasa berpesan kita sudah tidak ada masa untuk leka dan harus sentiasa peka dengan situasi masa kini.

“Jangan hanya lihat apa yang berlaku di depan mata kita, kita harus lebih proaktif dan peka dengan semua perkembangan dunia kerana impak daripada apa yang berlaku di dunia akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita,” katanya.

Anak muda harus lupakan keseronokan yang melalaikan dan menggunakan tenaga yang ada untuk memperjuangkan hak pengguna Islam dan melindungi negara dari apa jua yang bakal tiba.

Justeru, PPIM berharap jalinan kerjasama dengan rakan-rakan media dapat memberi  nilai tambah kepada segala usaha kerajaan yang baik dalam mentadbir urus negara.

“Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita dan ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya,” katanya.