Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KERUGIAN LEBIH RM9 JUTA AKIBAT LOT TANAH – UTUSAN MALAYSIA – 17/6/2017
17 Jun 2017

Kuala Lumpur 16 Jun – Beberapa syarikat kat pemaju hartanah didapati menjadi dalang kes penipuan lot tanah secara  besar-besaran sehingga mengakibatkan 150 individu menjadi mangsa dengan kerugian dianggarkan melebihi rm9 juta.Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, pihaknya dikejutkan dengan aduan berkaitan kes itu yang didalangi beberapa syarikat pemaju yang menyasarkan golongan bumiputera sebagai mangsa.

“Ada beberapa syarikat pemaju dilaporkan terlibat dalam sindiket ini dan syarikat-syarikat tersebut didakwa dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakan kongsinya yang juga bergelar Datuk.

“Sehingga kini, seramai 150 individu telah menjadi mangsa penipuan harga tanah ini. Malah pergerakan sindiket semakin berleluasa hingga mengakibatkan semua pengadu menanggung kerugian dianggarkan lebih RM9 juta,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Muhammad Yusuf, modus operandi digunakan oleh sindiket berkenaan adalah dengan menjual tanah milik orang lain yang masih belum bertukar hak milik.

Sehubungan itu katanya, pihaknya merasakansudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji satu dasar baharu bagi melindungi rakyat daripada ancaman penipuan sindiket seperti itu.

Menurut beliau, semua mangsa terlibat telah menggunakan wang simpanan, wang pencen malah ada yang membuat pinjaman peribadi dan mengeluarkan simpanan KWSP bagi membayar kepada syarikat tersebut dengan harapan mereka dapat memiliki tanah untuk membina rumah atau dijadikan pelaburan.

“Malangnya, harapan dan impian kesemua mangsa hancur apabila menyedari mereka sebenarnya telah terjerat dan ditipu oleh pemangsa,” ujarnya.

Kata Muhammad Yusuf lagi, kebanyakkan tanah dijual terletak di sekitar Gombak serta Hulu Langat dan sehubungan dengan itu, PPIM mendesak pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor; Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyiasat dan mengambil tindakan segera.

“Biasanya, bagi mengaburi mata mangsa, Datuk berkenaan sering memaparkan kemewahan yang dimilikinya seperti rumah dan kereta mewah. Tetapi sebaliknya semua itu hanya penipuan terancang yang telah menjerat ratusan mangsa yang impikan kehidupan mewah sepertinya,” tegas Muhammad Yusuf.