Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KES SEJUMLAH BANDUAN KAJANG MATI LEPAS DOS KETIGA, PPIM TUNTUT PENJELASAN – SAMUDERA.MY – 04/01/2022
07 Jan 2022

KUALA LUMPUR, 04 Januari 2022 –
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku meminta Kementerian Kesihatan, Jabatan Penjara dan pihak kerajaan untuk menjawab isu berhubung kematian banduan-banduan di Penjara Kajang selepas disuntik dengan vaksin Covid-19.

Ini selepas mereka menerima satu salinan surat yang telah diviralkan mengenai isu kematian banduan-banduan tersebut.

“PPIM ingin bertanya kepada pihak kerajaan mengenai keadaan terkini isu ini. Ianya adalah khusus untuk menjawab kemusykilan anggota-anggota frontliner dan keluarga-keluarga mereka yang terkena tempiasan kesan Advers suntikan 1 dan 2 sehingga “booster shot” sebagaimana di lampiran Metro yang telah disiarkan pada tarikh 5 Disember 2021.”

Tambah PPIM dalam kenyataan media mereka, NGO itu juga menerima banyak pertanyaan daripada pengguna dan beberapa keluarga banduan.

Justeru itu, PPIM meminta supaya perkara ini dijawab pihak-pihak berkenaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, KKM dan kerajaan Malaysia sendiri.

Selain itu, PPIM juga memaklumkan akan mengadakan satu sidang media berhubung isu ini esok pagi di Our Private Place, Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Artikel oleh: Samudera.my

KES SEJUMLAH BANDUAN KAJANG MATI LEPAS DOS KETIGA, PPIM TUNTUT PENJELASAN

https://www.samudera.my/kes-sejumlah-banduan-kajang-mati-lepas-dos-ketiga-ppim-tuntut-penjelasan/