Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja berusia 19 tahun membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pada September 2017, manakala rakannya dibebaskan atas pertuduhan yang sama.
Keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama tersebut. Mahkamah menetapkan tertuduh pertama membela diri pada 2 dan 3 Mac depan. (Sumber: Sinar Harian)
“Perkara ini dilihat sebagai satu proses undang-undang dimana keputusan dilakukan selepas menilai fakta yang dibawa oleh peguam. Pastinya hal itu memerlukan pembelaan sewajarnya tanpa sebarang prejudis, lebih-lebih lagi jika wujud usaha melengahkan tuntutan pembelaan. Saya merasakan hal ini perlu dilihat kembali dari sudut undang-undang yang boleh memberi pembelaan kepada keluarga mangsa (Hukum Qisas),” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.
Menurutnya lagi, sekiranya tertuduh dikenakan hukuman qisas, mereka harus membayar pampasan bagi menegakkan keadilan dan mengurangkan bebanan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.