Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KESAN VIRAL, KKM SIASAT VAKSINASI BANDUAN PUNCA MAUT – WACANA.MY – 04/01/2022
07 Jan 2022

KUALA LUMPUR : Ramai terkejut apabila muncul berita kematian banduan dari Penjara Kajang yang dikaitkan dengan suntikan vaksin.

Surat bertarikh 30 November 2021 itu mendedahkan terdapat 18 kes daripada 4,185 tahanan di penjara itu yang mengalami kesan Advers setakat bulan Oktober tahun lalu.

Surat yang viral itu mendedahkan komunikasi ‘dalaman’ antara jabatan di Penjara Kajang yang menceritakan kebimbangan pihak pengurusan terhadap kesan dan kematian banduan yang baharu disuntik vaksin.

Bagaimanapun yang umum tidak tahu, penyebar maklumat berkenaan mungkin bakal dikenakan tindakan atau ditangkap kerana menimbulkan kegentaran awam.

Dalam situasi ancaman nyawa yang mengakibatkan kematian Dan demi selamatkan nyawa, wajarkah tindakan diambil kepada penyebar atau tindakan paling tepat wajar diambil kepada pihak yang cuba menutup fakta sebenar.

Mereka yang mengetengahkan, viral maklumat sebenar, jelaskan kebenaran adalah ‘HERO RAKYAT’ yang pengorbanannya tiada siapa tahu.

Terima kasih kepada tukang ‘viral’ itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang menyiasat 18 kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius termasuk kematian dalam kalangan banduan di Penjara Kajang.

Daripada kes AEFI itu, dua kematian dilaporkan dalam tempoh sebulan selepas vaksinasi, tiga kes melibatkan jantung manakala empat kes mengalami kelumpuhan.

Pada masa sama, laporan itu memaklumkan terdapat tiga kes unik terdapat nanah di tempat bukan suntikan, sementara enam kes melibatkan jangkitan di paru-paru.

“Sekiranya peratusan kesan Advers di Penjara Kajang dijadikan kayu pengukur kepada banduan berjumlah lebih 69,507 di negara ini (terima vaksin), maka kita mungkin menyaksikan kadar korban sebanyak 299 orang setahun,” kata
PPIM Anti Mandate Vaccination Immunisation Committee, Raymond Raj, dalam sidang media secara maya bersama Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku hari ini.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dalam kenyataannya berkata, seramai 23,766 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk ahli keluarga positif Covid-19 sepanjang penularan wabak itu bermula Mac tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 160 kematian direkodkan dalam tempoh sama dengan 39 kematian membabitkan pegawai dan anggota PDRM.

Raymond mengingatkan ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Haris bahawa ramai rakyatnya mati selepas disuntik vaksin.

“Semua yang telah dijangkiti Covid-19 di merata Amerika Syarikat yang sudah disuntik, keduanya dia kata ramai mati
selepas suntikan vaksin.

“Dia tidak kata dos pertama, dos kedua dan ia satu kerugian besar untuk negara,” katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan tidak sembunyi maklumat berhubung isu terkini.

Ianya adalah khusus untuk menjawab kemusykilan anggota-anggota frontliner dan keluarga-keluarga mereka yang terkena tempiasan kesan Advers suntikan 1 dan 2 sehingga “booster shot” sebagaimana di lampiran Metro yang telah disiarkan pada tarikh 5 Disember 2021.”

Tambah PPIM dalam kenyataan media mereka, NGO itu juga menerima banyak pertanyaan daripada pengguna dan beberapa keluarga banduan.

Justeru itu, PPIM meminta supaya perkara ini dijawab pihak-pihak berkenaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, KKM dan kerajaan Malaysia sendiri.

“Dulu ramai kecam kami tetapi kini semakin ramai rakyat menyatakan kebimbangan termasuk yang pro vaksin apabila berlaku kematian di kalangan anak mereka, dua orang sekali.

“Sebenarnya rakyat amat risau, sebelum Februari kena ada dos ketiga, kanak-kanak dan bayi juga disuntik, ibarat jadi ‘hamba’ kepada mereka.

“Dulu nak rentas negeri kena ada dua vaksin tiada kebebasan bergerak, kalau bercakap suarakan kebimbangan ini diambil tindakan undang-undang pula, tiada kebebasan bercakap.

“Masuk dalam YouTube kena tahan. Jadi sebagai rakyat apa yang boleh kita buat, kita tiada kuasa? Boleh ke kita diam sahaja?

“Jangan anggap kami anti vaksin, anggap sahaja kami cuba mencari ikhtiar terbaik apakah vaksin terbaik yang tidak beri kesan sampingan kepada manusia.

“Kami PPIM cuma menerima aduan rakyat dan mengetengahkan kebimbangan mereka,” katanya.

Selain itu, PPIM juga memaklumkan akan mengadakan satu sidang media berhubung isu ini esok pagi di Our Private Place, Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Artikel oleh: Wacana.my

KESAN VIRAL, KKM SIASAT VAKSINASI BANDUAN PUNCA MAUT

https://wacana.my/kesan-viral-kkm-siasat-vaksinasi-banduan-punca-maut/