‘KEYBOARD WARRIOR’ PENGECUT atau TAK SEDAR HAK MEREKA? Zaman teknologi kini, peniaga kecil dan syarikat terkemuka menggunakan strategi yang sama dalam mempromosi dan memasarkan produk mereka menggunakan media sosial. Namun, terdapat juga sesetengah produk atau servis yang ditawarkan hanyalah ilustrasi semata-mata dan isu ini hakikatnya bertentangan dengan hak pengguna.
Perkara ini acapkali membuat pengguna terlupa bahawa mereka mempunyai hak untuk bersuara agar pendapat mereka dipandang serius oleh pihak berkuasa dan bukan hanya meluahkan di media sosial. Hak untuk bersuara ini diadakan bagi memudahkan pengguna dan pihak berkuasa untuk menangani sesuatu isu dengan lebih interaktif dan efektif.
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah Akta Perlindungan Pengguna yang dikenakan terhadap peniaga yang didapati bersalah dalam perniagaan. Demi memudahkan pengguna untuk menyuarakan pendapat mereka, kerajaan turut menyediakan di talian aplikasi WhatsApp KPDNHEP di nombor +6019-2794317 atau di aplikasi EzADU KPDNHEP sebelum tindakan susulan diambil oleh penguatkuasa diambil dalam tempoh 24 jam.
PENTINGNYA MEMAHAMI HAK BERSUARA! Kebanyakan pengguna ingin mendapatkan barangan atau servis setimpal dengan harga bayaran. Dengan itu, mempelajari dan memahami hak-hak pengguna boleh membela dan mempertahankan hak mereka daripada terus ditindas. Jika bukan pengguna yang melaporkan perbuatan penganiayaan ini mengikuti saluran yang betul, siapa lagi?
Artikel oleh: TV.PPIM
‘KEYBOARD WARRIOR’ PENGECUT atau TAK SEDAR HAK MEREKA?