Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KKM DIDESAK BERI MAKLUM BALAS ISU UJIAN PCR, STATUS VAKSINASI – BERITA HARIAN – 23/01/2022
25 Jan 2022

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) memberi maklum balas segera berhubung penarikan balik ujian PCR COVID-19 oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata CDC AS mengeluarkan kenyataan pada 21 Julai tahun lalu akan menarik balik permintaan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS untuk Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) CDC 2019-Novel Coronavirus (2019-nCoV) Real-Time RT-PCR Diagnostic Panel.

“PPIM amat prihatin mengenai perkara ini kerana KKM masih memilih untuk terus menggunakan ujian PCR untuk pengesanan virus COVID-19 walaupun pihak CDC sudah memilih untuk menarik balik kebenaran itu pada 31 Disember 2021.

“Pencipta RT-PCR itu sendiri dilaporkan menasihati agar tidak menggunakan ujian PCR untuk tujuan sedemikian.

“Kemungkinan kit ujian itu memberikan keputusan positif palsu, amat membimbangkan kami. Mangsa akhirnya ditempatkan dalam kuarantin dan menderita sia-sia akibat salah diagnosis ini.

“Justeru, kami meminta maklum balas rasmi daripada KKM terhadap pendirian mengenai perkara ini dan jika ia tidak mematuhi CDC AS, haruslah diterangkan sebabnya agar tidak menimbulkan sebarang komplikasi kemudian hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengenai status vaksinasi berkuat kuasa Februari depan pula, beliau berkata, PPIM juga mendesak KKM untuk menetapkan satu tarikh muktamad bagi perkara itu.

“Pihak kami mahukan maklum balas segera daripada KKM. Ia demi kepentingan rakyat, di mana seperti yang kita sedia maklum perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut tidak lama lagi.

“Sempena tempoh percutian ini, aktiviti pergerakan serta fenomena balik kampung dijangka berlaku. Tindakan KKM amat dinanti-nantikan oleh rakyat bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat sebelum melakukan sebarang perancangan. Ia juga dapat meminimumkan kesulitan rakyat,” katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

KKM DIDESAK BERI MAKLUM BALAS ISU UJIAN PCR, STATUS VAKSINASI

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914844/kkm-didesak-beri-maklum-balas-isu-ujian-pcr-status-vaksinasi