Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KKM SEOLAH PERSENDA SOP TENTUKAN JARAK ‘SAF’ BOLA DAN SOLAT – PPIM – SUMBERKINI – 09/12/2021
10 Dec 2021

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilihat berlaku semasa Piala Malaysia 2021.

Menurut PPIM, perlawanan bola sepak antara pasukan JDT dengan pasukan KL City membuatkan pengguna dan rakyat tertanya-tanya apakah sudah ada kelonggaran SOP ketika ini.

Malah, PPIM turut memberi contoh di lapangan-lapangan terbang di mana penumpang dikehendaki mematuhi SOP sebelum menaiki pesawat tetapi duduk bersebelahan di kabin.

Selain itu, menurutnya, berlaku juga pelanggaran SOP di pasaraya, pasar malam dan tempat-tempat lain tumpuan orang ramai apabila beberapa kelonggaran pergerakan diumumkan.

“Namun keadaan tidak pula di masjid-masjid kerana pihak jawatankuasanya bertegas menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak 1-1.5 meter antara jemaah.

“Jelas kini pihak KKM seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan jarak ‘saf’ bola dan saf untuk solat.

“Umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

PPIM juga menggesa pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengkaji semula penguatkuasaan SOP di semua premis, dalam apa jua keadaan agar SOP tidak kelihatan seperti sebuah jenaka.

Tambahnya, rakyat semakin bosan dengan keadaan ini dan kerajaan seperti tidak teliti dan peka terhadap perbezaan layanan terhadap beberapa keadaan, terutama bagi aktiviti yang boleh merangsang ekonomi.

“Masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa-apa manfaat ekonomi maka SOP perlu ketat kerana ramai atau sedikitnya jemaah tidak memberikan kesan yang ketara.

“Jikalau inilah sikap kerajaan maka adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini dan lakonan sandiwara Covid-19 ini perlu dihentikan segera!” tegasnya.

Artikel oleh: Sumberkini

KKM SEOLAH PERSENDA SOP TENTUKAN JARAK ‘SAF’ BOLA DAN SOLAT – PPIM

https://sumberkini.my/kkm-seolah-persenda-sop-tentukan-jarak-saf-bola-dan-solat-ppim/