Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KOLEJ AMBIL WANG PELAJAR, PTPTN SIASAT DAKWAAN PEMINJAM – SINAR ONLINE – 4/1/2018
05 Jan 2018

 

Screen Shot 2018-01-05 at 11.26.29 AM

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyiasat dakwaan seorang bekas pelajar kolej di utara tanah air bahawa kolejnya telah mengenakan caj tersembunyi dalam yuran ke atas peminjam PTPTN.

PTPTN ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan menyiasat perkara ini.

“Kami mohon pihak yang berkenaan untuk hadir ke pejabat PTPTN untuk berbincang  dan memberi maklumat lanjut,” kata wakil PTPTN.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dakwaan penipuan kolej swasta yang mengenakan lebihan caj ke atas pelajar dan menjanjikan mereka peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

Bekas pelajar kolej itu mendakwa selepas  menamatkan pengajian diploma dan ijazah dalam bidang Perbankan Islam dan Kewangan, dia terpaksa  menanggung hutang sebanyak RM70,000 apabila jaminan yang diberikan pihak kolej untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian turut palsu.

 [ARTIKEL BERKAITAN: Kolej didakwa bagi janji palsu, ambil wang pelajar

“Pinjaman untuk program diploma dan ijazah saya RM70,000. Setiap semester saya seharusnya mendapat RM8,000 dan setelah yuran pengajian ditolak, saya seharusnya mendapat baki kira-kira RM4,000.

“Tetapi, pihak kolej saya mengenakan caj berlebihan atas alasan urusan pentadbiran dan sebagainya,” dakwanya ketika sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini.

Katanya, dia yang membuat pinjaman penuh untuk menampung pendidikannya terpaksa mengganggur selama enam bulan dan akhirnya menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memantau semua institusi pendidikan swasta bagi mengelakkan pelajar menjadi mangsa penipuan.

“Kami juga menyeru PTPTN untuk menjalankan siasatan ke atas dana pendidikan yang disalurkan supaya pelajar tidak terbeban dengan hutang selepas tamat pengajian dan tiada pekerjaan,” katanya. – Bernama

Artikel Penuh di http://www.sinarharian.com.my/semasa/kolej-ambil-wang-pelajar-ptptn-siasat-dakwaan-peminjam-1.779004