Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KOLEJ SWASTA PERLU TELUS SOAL POTONG PTPTN – UTUSAN ONLINE – 4/1/2018
05 Jan 2018

Screen Shot 2018-01-05 at 11.44.02 AM

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pengurusan kolej swasta diminta agar lebih telus dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemotongan pinjaman pendidikan pelajarnya.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya ada menerima aduan terdapat kolej swasta yang tidak telus dan menggunakan alasan yang meragukan dalam menguruskan pemotongan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) pelajarnya.

“Bila ditanya, mereka hanya memberitahu pemotongan dilakukan bagi menampung kos pentadbiran,” kata Nadzim dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

“Kita faham pemotongan yuran dan caj-caj lain seperti yang telah tertera dalam perjanjian asal antara pihak kolej dan pelajar, namun bagaimana pemotongan lain yang tidak jelas butirannya?

“Saya harap pihak kolej lebih telus dalam hal ini kerana sebagai peminjam tabung pendidikan, para pelajar mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik jumlah yang dipinjam itu,” kata Nadzim.

Nadzim mencadangkan agar PTPTN memantau setiap kolej yang mempunyai peminjamnya dalam memastikan pihak kolej melakukan pemotongan yang telus.

“Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang penganiayaan terhadap pelajar yang menjadi peminjam, kerana akhirnya, pelajar itu yang akan menanggung segala pembayaran,” kata Nadzim.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, aduan yang diterima kali ini membabitkan sebuah kolej swasta di utara tanah air.

Bekas pelajar kolej tersebut, Noraini Muslim, 26, tampil membuat aduan kerana menurutnya, pihak kolej telah membuat pemotongan atas alasan ‘perkhidmatan tambahan’.

Menurut Noraini, pihak kolej membuat pemotongan sebanyak RM500 daripada RM8,000 yang sepatutnya diterimanya daripada PTPN.

Bahkan, kata Noraini, pihak kolej turut memotong 50 peratus daripada wang zakat bantuan pendidikan berjumlah RM400 yang diperolehinya tiap semester.

“Jadi, sebagai penanggung bayaran pembiayaan, saya rasa lebih adil bagi pihak kolej untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada pelajar tentang pemotongan yang dilakukan,” kata Noraini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh di http://www.utusan.com.my/berita/terkini/video-kolej-swasta-perlu-telus-soal-potong-ptptn-1.584730