Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA – PPIM – 03/12/2019
03 Dec 2019

PUTRAJAYA- Forum Penguatkuasaan Bersama Persatuan Industri dan Persatuan Pengguna Tahun 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membincangkan mengenai masalah-masalah pengguna yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan bertempat di Dewan Armada Arena pagi tadi.

Antara isu yang dibahaskan adalah isu bank tarik kereta, isu keldai akaun, isu sewa beli serta isu kemanusiaan yang rata-ratanya para pengguna telah diambil kesempatan dan dianiaya oleh pihak-pihak tertentu.

“PPIM membawa isu-isu ini bagi membahaskan bersama KPDNHEP supaya kerajaan dapat mengkaji dan mengambil tindakan yang perlu,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi.

Selain itu, PPIM turut mengutarakan isu kemanusiaan yang berkaitan dengan undang-undang. “Sebagai contoh isu keldai akaun. Dari segi undang-undang adalah salah, namun hakikatnya tidak seperti yang dilihat. Jadinya pengguna teraniaya,” tambahnya lagi.

Ketua Aktivis PPIM itu turut berkata, “PPIM berharap dalam masa terdekat ini, setelah mereka mengkaji cadangan-cadangan ini, kita akan memperoleh sesuatu hasil yang baik.”

Antara cadangan yang diberi adalah undang-undang perlu dilihat secara kemanusiaan. Hal ini supaya rakyat tidak akan lagi ditindas dan teraniaya. Permasalahan ini telah melibatkan puluhan ribu orang dan sehingga kini masih tiada lagi tindakan yang diambil.

#toqqiprihatin #aktivitiPPIM #PPIM #Sukarelawan #KPDNHEP #hijarah #BMF #HakPengguna #viral

Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin

KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA