Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KPDNKK DIMINTA CAMPUR TANGAN – SINAR HARIAN – 22/7/2017
22 Jul 2017

sinar harian 22.7.2017Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa campur tangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung tindakan syarikat Caltex Malaysia yang menghentikan kontrak terhadap 15 stesennya tanpa sebarang alasan.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, KPDNKK perlu membuka mata terhadap perkara itu, kerana ia menyebabkan pengusaha stesen mengalami kerugian besar, sekali gus 150 individu kehilangan pekerja.

“Kami tidak salahkan KPDNKK kerana kemungkinan masalah ini tidak sampai ke pengetahuan pihak tertinggi.

“Bagaimanapun kami berharap isu ini dapat perhatian kerana nasib pengusaha stesen dan pekerja yang teraniyai ini memerlukan pembelaan,” katanya pada sidang media, semalam.

http://www.sinar.tv/berita/ppim-minta-kpdnkk-campur-tangan-1.706660


PPIM minta KPDNKK campur tangan oleh sinartv