Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KPDNKK TIDAK PILIH BULU PENAMATAN KONTRAK CALTEX – UTUSAN MALAYSIA – 30/8/2017
30 Aug 2017

utusan malaysia 30.8.2017

Larut 29 Ogos – Dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) seolah-olah memperlihatkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh tidak memperjuangkan pengusaha Islam berhubung penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex yang kini tular di media sosial adalah dakwaan tidak benar.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebagai Caring Ministry untuk semua rakyat di negara ini, pihaknya tidak memilih bulu, malah menjalankan tugas untuk mencari penyelesaian “menang-menang” bagi semua pihak.

“Saya merasakan Ketua Setiausaha Kementerian  (KSU) saya telah melakukan sesuatu yang tepat dan membuat keputusan baik supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

“PPIM tidak ada kena-mengena dalam isu ini. Oleh sebab itu, KSU tidak membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk sama-sama berbincang dengan pengusaha dan syarikat minyak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Larut berkata sedemikian selepas majlis penyerahan lembu korban semperna Aidiladha di pekarangan Pejabat Umno Bahagian Larut di sini hari ini.

Sebanyak 145 lembu disumbangkan oleh Hamzah untuk diagihkan kepada 102 Cawangan Umno termasuk jabatan dan agensi kerajaan di kawasan Larut.

Pada 15 Mei lalu, Caltex menyerahkan notis penamatan serta memberikan tempoh sehingga Jun untuk pengusaha menamatkan operasi stesen minyak masing-masing.