PUTRAJAYA, 21 SEPTEMBER 2020 – Kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), YBhg. Dato’ Nadzim Johan bersama pegawai-pegawai PPIM ke atas Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, YBhg. Dato’ Iskandar Halim Bin Haji Sulaiman di pejabatnya hari ini.
Pertemuan dua hala ini telah membincangkan tentang isu-isu pengguna khususnya yang berkaitan pengguna umat Islam di negara kita seperti isu halal dan sebagainya.
Perbincangan juga yang lainnya menjurus kepada penguat kuasaan undang-undang yang berkaitan dan hubungan kerjasama dan perkongsian maklumat daripada pihak PPIM.
Artikel oleh: Nforceteam KPDNHEP
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGERUSI PPIM KE ATAS PENGARAH PENGUAT KUASA KPDNHEP