Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LAGI DESAKAN SUPAYA KONSERT COLDPLAY DIBATALKAN – UTUSAN MALAYSIA – 20/11/2023
22 Nov 2023

PETALING JAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Digital bagi mendesak penganjur Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur supaya membatalkan konsert berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agungnya, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, pihaknya menghantar memorandum tersebut sebagai tanda bantahan terhadap penganjuran program yang dilihat tidak sensitif dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza.

“Kita akan hantar memorandum tersebut kepada kementerian itu supaya pihak kementerian boleh ambil tindakan dengan segera,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Penganjur Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur dinasihatkan tidak meneruskan acara berskala besar tersebut yang disifatkan melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Dalam satu kenyataan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, konsert tersebut jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.

“Penganjuran program yang melalaikan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini. Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, beliau bersetuju sekiranya konsert tersebut dibatalkan kerana tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia.

“Elok dibatalkan sahaja konsert ini sebab tidak membawa sebarang kebaikan, melainkan konsert-konsert tempatan, boleh membantu ekonomi mereka,” katanya.

Katanya, kerajaan seharus­nya menilai baik dan buruk sesuatu perkara sebelum meluluskan sesebuah konsert terutama dari luar negara.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

LAGI DESAKAN SUPAYA KONSERT COLDPLAY DIBATALKAN

https://www.utusan.com.my/terkini/2023/11/lagi-desakan-supaya-konsert-coldplay-dibatalkan/