Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LAMAN SENARAI ADUAN TERPILIH CRTF-PPIM
07 Jun 2012

ADUAN TERPILIH
Berikut adalah antara rasional yang menjadikan organisasi ini tersenarai akibat dari semua atau mana-mana satu perkara dibawah. Sebarang cadangan dari organisasi yang diadu sangat diterima dan amatlah dialu-alukan. 
.

1)
Senarai aduan ini adalah bagi mencari penyelesaian terbaik bagi
menangani isu-isu kepenggunaan semasa yang kian meruncing. Ianya
bertujuan menjadi platform utama bagi mengumpul dan mengklasifikasikan aduan serta memastikan semua aduan ditangani dengan cara terbaik dan paling berkesan.


2)
Respon sewajarnya dari organisasi yang diadu merupakan matlamat utama
senarai ini agar para pengguna mendapat hak dan khidmat yang patut dan
memadai serta adil dengan nilai yang dibayar.

3)
Organisasi yang tersenarai pula merupakan organisasi yang paling banyak
menerima aduan atau yang paling banyak membebankan pengguna dari segi
nilai kewangan dan moral.

4)
Organisasi tersebut telah gagal menunjukkan komitmennya sebagai mesra
pengguna atau gagal menghormati dan meraikan hak-hak pengguna.

5)
Organisasi ini telah menunjukkan kesombongan dan kebongkakannya dengan
memberi respon mengecewakan atau mengambil sikap tiada peduli akan
perilaku anggota atau sistem operasinya yang mengakibatkan pengguna
merasa tertekan dan dikhianati.

6)
Organisasi ini juga telah gagal memberi gantirugi yang setimpal dengan
kecuaian sistem atau anggotanya yang dikira sebagai tidak adil dan
menghina institusi kepenggunaan dan kemasyarakatan.

7)
Organisasi ini merupakan sebuah organisasi yang paling lemah dalam
memaparkan nilai kebertanggungjawabannya dalam memenuhi tanggungjawab
sosial korporat (CSR).

8)
Makanya organisasi sedemikian rupa ini wajar dimasukkan ke dalam senarai
ini dan membiarkan para pengguna menilai dan menterjemahkan kekecewaan
yang dirasai dengan tindakan-tindakan yang perlu sebagai individu merdeka dan bermaruah.

9)
Senarai ini merupakan saringan bagi penyenaraian ke kategori lebih
mengecewakan, memalukan hinggalah ke tahap organisasi yang wajar dicop
sebagai tidak jujur dan menipu dalam senarai Anugerah Kepala Kambing dan
Consumer Blacklisting yang hanya benar-benar meletakkan pengguna
sebagai penentu dan hakim kepada organisasi-organisasi curang pengguna
dan tidak lagi hanya membiarkan organisasi perniagaan sahaja yang asyik menilai pengguna dengan segala bentuk senarai blacklist.

10)
Harapan pengguna agar organisasi perniagaan dan kewangan mula berubah
kearah yang lebih mesra dan prihatin pengguna dan meletakkan pengguna
sepadan dengan keutamaan sebagai pemacu kepada ekonomi negara.
 
Sekian.
.
 “BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA”
CRTF-PPIM COMPLAINTS COUNCIL.
……………………………………………………………………………………
Towards to be listed in :
 
and