Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LAPAN NGO GESA HAPUS TAMBANG E-HAILING TAWAR-MENAWAR – UTUSAN MALAYSIA – 31/12/2025
02 Jan 2026

PETALING JAYA: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan industri gig menyokong gesaan supaya sistem tambang e-hailing berasaskan tawar-menawar dihapuskan dan menetapkan kadar tambang lantai bagi perkhidmatan itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) bersama tujuh lagi NGO berkata, kewujudan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing (EHO) yang mengamalkan sistem tawar-menawar memberi kesan negatif kepada pemandu lain.

“Apabila tawar-menawar dibenarkan, mahu tak mahu, EHO lain terpaksa bersaing menurunkan harga tambang hingga menyebabkan seluruh pemandu e-hailing menerima kesan,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, persaingan dalam industri sering dijadikan alasan untuk menguntungkan pengguna, namun kesan jangka panjang terhadap pemandu tidak seharusnya dipinggirkan oleh pihak berkuasa.

“Persaingan dalam industri sememangnya akan dijadikan alasan sebagai menguntungkan pengguna, namun kerajaan sepatutnya turut melihat kesan terhadap pemandu e-hailing.

“Tiada keseimbangan dalam dasar kerajaan memastikan pengguna dan pemandu e-hailing menerima manfaat yang munasabah terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat,” ujarnya.

Selain Penghantar, Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (Lead), Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) dan Pertubuhan Tenaga GiG Melaka (TENAGA GiG) turut menggesa perkara yang sama.

Empat lagi NGO lain termasuk Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM), Persatuan Penghantar dan Penghantar E-Hailing Sabah (PENS), Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotosikal Perak (PKPPBP) dan Persatuan Rakan Penghantar Kedah (RPK).

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mendesak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) supaya menghapuskan sistem kadar tambang secara tawar-menawar dalam industri e-hailing bagi menjaga kebajikan serta kelangsungan pendapatan pemandu.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

LAPAN NGO GESA HAPUS TAMBANG E-HAILING TAWAR-MENAWAR

https://www.utusan.com.my/terkini/2025/12/lapan-ngo-gesa-hapus-tambang-e-hailing-tawar-menawar/#google_vignette