Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2835) LAPORAN PENUH OPS BAH SIRI KE-15
12 Sep 2015

Seramai 350 pegawai dan anggota daripada 17 agensi penguatkuasaan dikerah untuk memeriksa premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram dalam Ops BAH 15 yang dilancarkan awal pagi tadi.

*Baca artikel berkaitan – OPS BAH SIRI 15: PREMIS JUDI ONLINE DIGEMPUR!

Selain PPIM, antara agensi yang terbabit adalah anggota daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Telekom Malaysia (TM).
Antara lokasi tumpuan operasi kali ini adalah sekitar Jalan Pahang, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas yang dikenal pasti sebagai kawasan panas berdasarkan kepada pemantauan pihak berkuasa sebelum ini.

LAPORAN OPS BAH 15


Serbuan yang bermula jam 11 malam itu menumpukan premis seperti pusat judi siber, rumah urut dan pusat hiburan selain mengesan jenayah dadah serta pendatang asing tanpa izin.

Hampir 100 buah komputer berjaya dirampas, dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian sekaligus melumpuhkan sindiket perjudian online di kawasan terbabit.
Manakala sepanjang operasi tersebut dijalankan seramai 73 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan antaranya salah guna visa perjalanan dan sebagainya.
Operasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang dibahagi kepada tiga kumpulan di dua lokasi.
Turut hadir dalam operasi kali ini Ketua Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Nor’Aini Abdul Wahab, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Hj. Mohd Sani bin Mistam.
GAMBAR 

Untuk gambar lain sila rujuk (SINI)

Berikut pula adalah video dari sumber