LAWATAN PPIM KE KILANG MUSLIM BEST
KHAMIS 1/10/2017 – Satu lagi berita gembira buat pengguna di Malaysia. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (ppim), Koperasi Kerjasama Katerer Berhad (KATER), dan juga Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd sebulat suara bersetuju untuk berganting bahu demi menyalurkan produk makanan yang lebih halal, berkualiti, suci dan juga bersih.
Justeru, satu lawatan diadakan di kilang Muslim Best (M) Sdn Bhd yang bertempat di Pedas Halal Park, Rembau, Negeri Sembilan. Dalam lawatan tersbut, Preseden Muslim Best, daruk Shiekh Ahmad Dusuki, mengetuai dan memberi penerangan kepada ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bagai mana kilang mereka menjaga kualiti serta kebersihan produk disamping mempunyai mesen serta peralatan yang menepati piawaian dunia.
Selepas lawatan berkenaan tamat, satu sidang media diadakan bagi memberi penerangan tentang tujuan lawatan ini diadakan.
Diharapkan apa yang diperjuangkan oleh mereka mendapat sokongan sepenuhnya dari semua pihak termasuklah masyarakat di Malaysia demi menyalurkan produk serta makanan yang halal dan suci