Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LEBIH 100 PEGUAM BANTU PPIM ISU VAKSIN – WACANA.MY – 25/01/2022
26 Jan 2022

KUALA LUMPUR : Lebih 100 peguam menawarkan khidmat mereka membantu rakyat yang mendapat kesan sampingan serius setelah suntikan vaksin atau dos penggalak.

Penyertaan ramai peguam itu membuktikan isu ini adalah isu ancaman kesihatan rakyat, bukannya wajar dilihat sebagai menentang menolak vaksin.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Malaysia berkata, barisan peguam ini akan bersama juga dengan Pusat Aduan Terkesan Vaksin yang diwujudkan bagi membantu orang ramai yang terkesan vaksin atau dos penggalak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan sedang merasmikan bilik Pusat Aduan Terkesan Vaksin di Putri Villa Condominium di sini semalam

“Setakat ini lebih 300 aduan PPIM terima, jadi kami lihat perlunya satu pusat sehenti di mana rakyat boleh buat aduan, pada masa sama mereka meminta khidmat nasihat.

“Kebanyakan mereka tidak tahu nak buat apa selepas terima kesan vaksin. Nak saman tak dibenarkan sebab syarikat vaksin tak boleh disaman, insuran tak boleh ‘claim’ jadi apa yang boleh dibuat?

“Ada yang lumpuh, buta selepas dos kedua, ada yang lumpuh secara perlahan bermula dari tangan, badan dan kaki selepas beberapa bulan.

“Seorang pesakit selepas dapat dos kedua, dia lumpuh satu badan, mula dengan tangan, badan dan kaki selepas beberapa bulan.

“Jadi kami akan bagi nasihat, vitamin, petua untuk apa yang perlu dibuat.

“Kerajaan ada tubuhkan pusat sehenti, cuma mereka cuma tiada khidmat nasihat untuk apa yang mereka melakukan, rehabilitisi, cara mana nak pulihkan keadaan mereka, dan inilah yang menjadi titik mula kewujudan Pusat Aduan Terkesan Vaksin,” katanya pada sidang media pelancaran Pusat Aduan Terkesan Vaksin di sini semalam.

Tambah Nadzim, mereka yang terkesan vaksin akan terkesan juga ekonomi mereka, tak boleh kerja dan jejaskan anak isterinya.

“Kita lihat ketika ini ketelusan maklumat yang disampaikan kerajaan amat terhad, statistik kematian akibat jantung juga sudah tidak didedahkan.

“Kenapa tidak didedahkan? Sebab kematian yang sepatutnya berkait dengan Covid dikatakan pula berpunca jantung.

“Kami dah kemukakan banyak soalan termasuk benarkah kandungan vaksin dari stem cell bayi? Tiada jawapan sehingga ke hari ini.

“Sehubungan itu, saya amat berharap sesuatu dapat dilakukan untuk membela nasib rakyat yang terkesan, mungkin data-data aduan yang diperolehi ini dapat membantu mendapatkan jawapan yang kami cari”katanya.

Artikel oleh: Wacana.my

LEBIH 100 PEGUAM BANTU PPIM ISU VAKSIN

https://wacana.my/lebih-100-peguam-bantu-ppim-isu-vaksin/