PPIM-26/5/2017 – Operasi Banteras Aktiviti Haram Siri 36
Ops BAH siri ke 36 telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL yang disertai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO serta beberapa badan kerajaan semalam.
Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi adalah untuk membanteras aktiviti sosial yang sering berlaku di dalam kalangan masyarakat. Lokasi serbuan kali ini tertumpu kepada sebuah pusat hiburan Karaoke yang terletak di sekitar Ibu Kota.
Di dalam serbuan tersebut, hampir 20 orang yang dianggarkan dalam lingkungan umur 20 hingga 30 ditahan atas pengaruh alkohol dan dadah. OPS BAH kali ini turut disertai oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (toqqi). “Apa yang kita nampak adalah manipulasi sebenarnya. Jika kita menangkap mereka-mereka ini, esok lusa diorang akan datang balik juga.” katanya.
Dalam masa yang sama, satu sidang media kecil diadakan bersama penyelaras Ops BAH, Datuk Azman Mahmood di tempat serbuan semalam. “Rata-rata mereka (perempuan) yang bekerja disini mengatakan hendak cari makan dan susah untuk mendapat kerja diluar sana.” Ujar beliau. Beliau turut menerangkan pendapatan seorang pekerja disini melebihi RM4000.
“Sebanyak 45 orang pekerja wanita difahamkan bekerja disini dan semuanya warga tempatan.” Tambah beliau lagi.
Operasi Ops Bah ke-36 berakhir pada jam sekitar 3 pagi.