Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LEBIH BANYAK KLINIK SWASTA PATUT SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI – PPIM – MALAYSIA GAZETTE – 29/09/2023
30 Sep 2023

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap lebih banyak klinik swasta menyertai inisiatif Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu dapat mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan dan tumpuan dapat diberi kepada kes kecemasan.

Menurut beliau, PPIM menerima banyak aduan berkaitan kesesakan di hospital kerajaan terutamanya di bahagian kecemasan.

“Peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke hospital kerajaan biarpun terpaksa menunggu lebih lama.

“Pertambahan jumlah pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dipercayai menjadi sebab mereka perlu menunggu lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skim Perubatan Madani diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 September lalu dengan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Pada 19 September lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, lebih 1,300 klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program tersebut sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan.

Nadzim memberitahu, PPIM menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan membantu golongan B40 menikmati kemudahan di bawah skim tersebut secara automatik tanpa memerlukan proses pendaftaran.

“Semua yang layak akan mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

LEBIH BANYAK KLINIK SWASTA PATUT SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI – PPIM

https://malaysiagazette.com/2023/09/29/lebih-banyak-klinik-swasta-patut-sertai-skim-perubatan-madani-ppim/