Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LEMAH SELENGGARA JADI PUNCA – BERITA HARIAN – 22/4/2017
22 Apr 2017

Dua persatuan pengguna dan aktivis masyarakat mengesan kelemahan penyelenggaraan punca taman permainan kanak-kanak tidak dijaga dengan baik sehingga menyebabkan kemudahan awam itu bukan sahaja kotor tetapi tidak selamat digunakan.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mahu semua pihak menangani isu berkenaan secara menyeluruh dan memainkan peranan dalam memastikan kemudahan awam itu sentiasa di dalam keadaan baik.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata PPIM melihat taman permainan kanak-kanak ini tidak dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan denagn kemudahan itu nampak kotor dan tidak sesuai digunakan.

Selain itu, katanya, bahan binaan yang digunakan di taman permainan ini gagl menepati keperluan di taman untuk kanak-kanak sehingga ia mengancam keselamatan mereka.

” Biasanya kemudahan ini disediakan oleh majlis tempatan tetapi ada juga taman permainan ini bersifat persendirian atau dibina oleh pihak swasta. Bagi persendirian dan swasta, kita tidak tahu mereka pasang macam mana,” katanya.

Beliau mengulas laporan BH semalam mengenai hasil tinjauan di beberapa negeri di seluruh negara mendapati kebanyakan taman permainan  kanak-kanak bukan sahaja usang tetapi banyak peralatanya rosak, patah serta berkarat dan membahayakan pengguna, terutama kanak-kanak.

Sedia peruntukan khas

Sementara itu, aktivis masyarakat, Tan Sri lee Thye, pula mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan peruntukan khas setiap tahun khusus untuk penyelenggaraan taman permainan di seluruh negara.

” Peruntukan ini harus diumumkan secara konsisten pada setiap tahun supaya ia menjadi tanggunjawab yang lebih berkesan dilakukan PBT.

” Bajet terpulang kepada setiap PBT, namun mereka perlu bertanggunjawab dengan setiap taman permainan yang harus diselenggara. Jangan lepas tangan dan akhirnya membahayakan kanak-kanak,” katanya.

Presiden Fomca, Prof Datuk Dr N Marimuthu, pula berkata taman permainan mempunyai piawaiannya tersendiri dan ia perlu dipatuhi semua pihak.

Katanya, kebanyakan kemudahan itu juga didapati terbiar tanpa penyelenggaraan daripada pihak berwajib.

” Kadang-kadang dalam tempoh dua tahun, ia sudah usang, berkarat,patah dan skru permasangannya tidak lagi di dalam keadaan baik. Pihak berwajib perlu membuat pemantauan secara berterusan,” katanya.

BERITA HARIAN 22.4.2017