Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menghadiri Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri PPZ-MaIWP 2019.
Di majlis tersebut Toqqi telah berbincang dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah Salleh berkaitan pemerkasaan usahawan asnaf dan industri mikro.
PPIM komited bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri, PPZ , MAIWP, serta agensi lain bagi melestarikan program yang bakal dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti dan kerjasama.
Turut hadir di majlis tersebut, Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub pengasas kumpulan Karangkraf yang juga rakan karib Toqqi.