Toqqi atau Dato’ Nadzim dari PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) menggesa penggiat ehailing dan phailing khasnya pemandu serta penunggang segera mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Sementara itu Tn Hj Azhar (Perkeso) dalam ucapannya menyatakan hanya sekitar 4% sahaja pemandu ehailing yang ketika ini mencarum dengan SKSPS.
Beliau menambah usaha terus giat dilakukan bagi menarik golongan itu segera mencarum bagi menghadapi sesuatu yang tidak dijangka di kemudian hari nanti.
Majlis yang turut dihadiri oleh JPJ itu juga melibatkan Gabungan Ehailing Malaysia (GEM) itu diakhiri dengan sesi soal jawab bersama oleh En Yusaimi (JPJ) serta En Iskandar (Perkeso).
Gambar sekitar MAJLIS KOLABORASI BERKENAAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI, JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA, BERSAMA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA DAN AHLI-AHLI PENGGIAT INDUSTRI EHAILING
28 Mac 2021
Dewan Pancadelima, Perkeso Petaling Jaya
Artikel oleh: Ehailing.fm
MAJLIS KOLABORASI BERKENAAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI, JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA
https://www.facebook.com/ehailingdotfm/posts/954279285309272