Toqqi telah menghadiri bagi memeriahkan majlis perpisahan Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP yang akan berpindah ke Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian di sana.
Majlis diadakan di pejabat Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP di Putrajaya hari ini dihadiri hampir 100 kakitangan dan rakan-rakan kerjasama.
Turut hadir wakil dari Sirim, Mari (Robot), Miros dan agensi-agensi yang berurusan dengan Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP.
Toqqi turut merakamkan selamat maju jaya dan semoga hubungan kerjasama yang baik dapat diteruskan walaupun Dato’ Che Sukri Che Mat telah berpindah ke Kementerian lain.