Toqqi hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Tekun Nasional.
Di majlis tersebut, PPIM membincangkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Dato’ Adam Abd Ghani mengenai potensi program usahawan bekas banduan.
PPIM menerajui program usahawan untuk memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk berjaya melepaskan diri dari belenggu jenayah, seterusnya memajukan diri dalam industri perusahaan.
Toqqi amat prihatin dengan bekas banduan yang benar-benar insaf dan mahu berjaya dalam kehidupan, justeru satu jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi bakal diadakan untuk tujuan tersebut.