20 Mei 2017- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput ke Majlis Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia & Persidangan Ngo Berbai’ah 2017 oleh Gabungan Ngo Berbai’ah Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan di Grand Ballroom, Regency hotel jalan Raja Alang Kuala Lumpur.
Perjumpaan ini bertujuan untuk menyatukan seluruh Pertubuhan Berbai’ah & Majlis Ayahanda dalam kita bersama memertabatkan kembali Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Dalam masa yang sama, majlis ini juga mengadakan satu perbincangan berkenaan memorandum bersama untuk disampaikan kepada pihak Istana dan Kerajaan Malaysia.
Memandangkan ekonomi bangsa Melayu agak mundur berbanding bangsa lain. satu perbincangan juga diadakan bagi membincangkan tentang transformasi ekonomi kaum melalui platform Ngo sekaligus bertujuan untuk membantu ahli-ahli dalam menerajui ekonomi Malaysia sekaligus menaikkan martabat Agama Bangsa dan Negara.